Thursday 27 July 2017

Floor Plan Rumah Sewa 2 bilik 525 sq ft




Dalam semenjak beberapa bulan ini aku banyak uruskan hal renovation rumah mak bapak aku and rumah sewa aku kat kajang..

Next plan.. Insya Allah nak bina rumah sewa pulak kat tanah mak aku kat hulu langat plak..

Aku ni bukannya arkitek.. bukan juga kontraktor.. Cuma pegawai kerajaan yang plan nak buat rumah kecik-kecik je.. untuk bagi sewa murah.. so aku dengan gigih nya berguru dengan En Google belajar macam mana nak design rumah yang kecil dan selesa..

So, dalam merekabentuk semua bangunan termasuklah rumah kediaman, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah keperluan undang-undang bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna itu sendiri. Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984), berikut dikongsikan luas minimum bagi bilik-bilik dalam bangunan kediaman:-
  •   Bilik Tidur
  1. Luas bilik kediaman yang pertama (kebiasaannya dirujuk kepada bilik tidur utama) hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi.
  2. Luas bilik yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi.
  3. Luas bilik-bilik lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
  4. Lebar setiap bilik tersebut hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
  5. Tinggi setiap bilik hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
  • Dapur
  1.  Luas dapur hendaklah tidak kurang daripada 4.5 meter persegi.
  2. Lebar dapur hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter.
  3. Tinggi dapur hendaklah tidak kurang daripada 2.25 meter.
  • Tandas & Bilik Mandi
  1. Saiz tandas hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter x 0.75 meter
  2. Saiz bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  3. Saiz bilik mandi beserta tandas hendaklah tidak kurang daripada 2 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  4. Tinggi tandas atau bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.

(Rujukan: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, (Perkara 42-44)

Oleh itu dengan mengunakan http://www.floorplanner.com aku dengan rasa bangga nya telah come out with this design..

Keluasan rumah 525 sq ft


 Keluasan :

  1. Bilik 1 = 12 kaki x 10 kaki /  3.65m x 3.04m = 11 meter persegi
  2. Bilik 2 = 10 kaki x 10 kaki /  3.04m x 3.04m = 9.24 meter persegi
  3. Tandas dan Bilik mandi = 7 kaki x 4 kaki = 2.13m x 1.22m = 2.5986 meter persegi
  4. Dapur = 14.1 kaki x 7 kaki = 4.51m x 2.12m = 9.56 meter persegi
  5. Ruang rehat dan Ruang makan = 8.1 kaki x 22 kaki = 2.69m x 6.67m = 17.94 meter persegi
 JUMLAH KELUASAN RUMAH KESELURUHAN  = 
      525 kaki persegi / 50.34 meter persegi



Rumah Sewa 2 Bilik in 3D



Pandangan depan rumah

Pandangan belakang rumah





Sekian sahaja dari arkitek tak bertauliah yang berguru dengan En Google.. TQ ^_^

Sumber: http://diarimerahku.blogspot.my/2014/05/floor-plan-rumah-sewa-2-bilik-525-sq-ft.html



Tuesday 18 July 2017

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking. Antara kelebihan bata kekunci atau bata interlocking ialah,
  1. Teknologi mesra alam.
  2. Penjimatan penggunaan acuan.
  3. Tidak perlu plaster.
  4. Tiada pembaziran bahan binaan.
  5. Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  6. Ruang dalaman lebih sejuk.
  7. Penampilan yang elegen dan esklusif.
  8. Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
Kelemahan
  1. Perlu pasang kemas dari tukang mahir
  2. Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding
 keseluruhan nya bata ni ok kerana cantik, antik bila disapu varnis atau shellac, kos dapat dikurangkan

Harga dan kos 1m2 BATA INTERLOCKING

saiz bata 250mm (p) x 100mm (t) - Luas 1 biji - 0.025m2
bilangan 1m2 - 40 biji
harga 1 biji - rm1.70
kos bata 1m2 - RM1.70 X 40 BIJI = RM68.00

HARGA BATA SIMEN 1M2 = RM35.00
PLASTER DALAM LUAR 1M2 = RM14.00

Bagi pengurangan kos, sebab beam bawah tak perlu, tiang konkrit tak perlu, kos besi struktur tak perlu

ARTIKEL DIATAS ADALAH DIPETIK DARI BLOG BERIKUT:
http://industribinaan.blogspot.com/2014/04/kelebihan-dan-kelemahan-bata-kekunci.html

IBS INTERLOCKING BRICKS SUNGAI PETANI KEDAH MALAYSIA











IBS BRICKS RATES PCS

IBS BRICKS

IBS Bricks
Why more expensive than Normal Bricks?
Although cost per brick is more than conventional brick, still it is cheaper to use with its advantages in the way it is applied in the whole construction process. There are two main savings by using our brick:
  • Time Saving
    • Faster project completion by up to 3 times than conventional construction, thus will save the unexpected delay project operation cost and expenses. This could be achieved as you do not to erect normal column and beam using formwork no finishing such as plastering and painting.
  • Cost Saving in Construction by cutting down:
    • Up to 60% usage of concrete and mortar
    • Up to 60% usage of steel bars
    • The specialized skilled workers like carpenters, steel workers
    • Finishing cost - no need plastering and painting

  

Construction Drawing-Drawing 1

rumah bantuan pbr - shop drawing-2arumah bantuan pbr - shop drawing-5arumah bantuan pbr - shop drawing-6arumah bantuan pbr - shop drawing-4arumah bantuan pbr - shop drawing-3asemi d - kedah shop drawing - type b- color-elect-2a

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

sistem binaan rumah australia, sistem frame rumah australia, kos murah
Selepas pelajar berjaya bina rumah RM20,000 tidak masuk upah, maka ramai tanya bagaimana mereka bina rumah tersebut, apakah bahan yang mereka guna, teknologi apa yang mereka guna,

Saya mengkaji teknologi frame . kaedah Australia sangat sesuai dan boleh jimat kos binaan.

Unsur-unsur sistem pembinaan

sistem Footing atau asas rumah

Footings adalah struktur yang memindahkan berat rumah untuk bahan asas, paling biasa tanah. sistem slab yang perlu direka untuk memenuhi pelbagai geoteknikal (tanah) syarat dan menyediakan mencukupi tie-down untuk struktur bangunan di bawah kelas angin tapak. Satu sistem yang baik memenuhi keperluan ini sementara mengurangkan kedua-dua gangguan tapak dan kuantiti bahan-bahan dengan tenaga yang terkandung tinggi seperti konkrit dan keluli.

Konkrit Slab dipilih bagi membina rumah sistem binaan Australia, ia mengurang kos acuan, bahan dan mempercepatkan binaan, 

untuk bilik air, tandas dan dapur perlu di pasang paip sanitasi sebelum kerja konkrit di buat


.
CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

Cara binaan Slab
1. Meratakan tapak dan memadatkan
2. Memasang acuan
3. Menyembur racun anai anai
4. Memasang lapisan kalis air atau pvc sheet putih / biru
4. Memasang BRC dan paiping
5. Kerja konkrit

Pembinaan Rangka

Ringan pembinaan dirangka boleh menyediakan penyelesaian perumahan yang berkesan di semua zon iklim.

sistem binaan dinding rumah teknologi australia


Rumah ringan amat sesuai untuk mewujudkan penyelesaian reka bentuk yang fleksibel kos efektif untuk cabaran laman curam dan tanah reaktif . strategi reka bentuk yang sesuai yang termasuk sumber-sumber alternatif jisim haba juga boleh menyampaikan amalan terbaik, hasil reka bentuk pasif - sering dengan tenaga yang terkandung lebih rendah daripada sistem massa tinggi tradisional . Ini boleh menyebabkan lebih rendah penggunaan tenaga kitaran hidup (lihat tenaga Terkandung; Design untuk iklim; pemanasan solar pasif; pasif penyejukan).

rangka besi untuk rumah teknologi australia

rangka besi untuk rumah teknologi australia

Design dinding, di letak fibrewool dalam dinding rumah

Tujuan untuk,

1. Kalis karat (Rust proof)
2. Kalis anai-anai (Termite proof)
3. Kalis bunyi (Sound proof)
4. Kalis api (Fireproof)
5. Kalis air (Waterproof)
6. Kalis cuaca (Weather proof)

Cara Pasang  cement board






bingkai lantai ringan boleh menyokong dinding, lantai dan bumbung Beban dalaman dan luaran ke atas sistem landasan yang berimpak rendah. rumah-rumah yang ringan adalah amat sesuai untuk pembinaan di atas tanah untuk meminimumkan gangguan tapak. 

struktur kerangka meminjamkan diri mereka kepada penciptaan rumah dengan pelbagai bukaan untuk pemanasan suria pasif, cahaya semulajadi dan pengudaraan, melalui reka bentuk yang teliti tingkap, pintu dan laluan pengudaraan.

Bumbung

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA


CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA

CARA BINAAN RUMAH TEKNOLOGI AUSTRALIA


ANGGARAN KOS

Menurut  othman hamzah kontraktor binaan, OTHMAN HAMZAH PROPERTY, Kos untuk 2200 k2
ialah RM170,000.00 ATAU RM77.27 K2

Saiz banglo: 2200 sq ft (30 x 70)
4 bilek & 3 bilek air
Harga pakej: RM170,000

HARGA KEKUDA BESI ZINKCALUME

HARGA KEKUDA BUMBUNG RUMAH
HARGA KEKUDA BESI


1) Besi kekuda Truss C-Channel Zinclume 0.75mm,  RM25.50/batang 
2) Besi kekuda Truss C-Channel GI 0.8mm, RM26.50/batang
3) Besi kekuda Batten Zinclume,  RM15/batang
4) Skru kekuda,  RM50/1000pcs 
5) L-bracket, , RM1.50/pcs
6) Skru wall plug,  RM1/pcs
7) Prima Plank (papan pemanis jenis fiber simen),  RM18/keping 
8) Valley Gutter (longkang atap),  RM25/keping 
9) Skru prima plank (tapping screw 1 1/2", mata besi) sekotak (1000 pcs) RM38 

HARGA DI ATAS TAHUN 2014

Kerja-kerja atap

·         Main truss besi 3″X1.5″(kekuda) (20 kaki) – RM 23 sebatang
·         Purlin truss besi bumbung (20 kaki) – RM 13.50 sebatang
·         Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) – RM 3.30-4.30 sekaki panjang
·        Rabung atap (8.5 kaki) – RM 26 sekeping
·        Zink licin (lurah atap laluan air hujan) – RM 3.60 sekaki
·        Skru atap – RM 35 sekotak
·         L bracket – RM 1.50 satu
·         Papan facial board (12 kaki) – RM 22 sekeping
·         Mesin Grinder pemotong besi – RM 190
·         Gentool Cutter pemotong besi – RM 160
·         Disc cutter – RM 2 satu

HARGA MENGIKUT PEMBEKAL, PERLU ADA PELAN UNTUK KIRA BILANGAN BATANG BESI YANG TEPAT

Dapat bilangan batang ikut saiz, x harga besi kekuda
untuk mendapat kos per kaki persegi , jumlah harga / luas bumbung k2 atau m2

CARA BINAAN RUMAH GUNA BATA INTERLOCKING IBS


CARA BINAAN RUMAH GUNA BATA INTERLOCKING IBS.Kaedah Pembinaan
Batu Bata Interloking

  1. Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batu bata interlok, saiz bata 100t x 150l x 250 p. Lukisan kerja (working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.
  2. Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapak bina berdasarkan pelan.
  3. Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus. biasa asas konkrit slab yang di cerucuk ikut keadaan tanah. jika tanah tambun elok di piling bawah slab konkrit
  4. Memasang lapisan bitumen atau nak murah hampar plastik upc biru bawah brc sebelum konkrit slab
  5. Memasang lapis tar sebelum pasang bata, 
  6.  Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.
  7. Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter atau 10 lapisan batu bata.
  8. Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1 meter tinggi (menegak) dinding.
  9. Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.
  10. Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...
  11. Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.


Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusun pasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.

Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.

Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.


APAKAH BATA KEKUNCI BRICK INTERLOCKING

APAKAH BATU BATA KEKUNCI (INTERLOCKING BRICKS) . Ramai yang tidak mengenali bata kekunci atau interlocking brick system IBS. Banyak kelebihan Bata Kekunci ni. Main main lego ja buat rumah.
Secara amnya batu bata interlock adalah bahan binaan yang bebeza dengan batu-bata biasa. Ia direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem IBS) yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi mengantikan kaedah konvensional.
Batu bata interlocking boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous',  tidak perlu kemasan cat dan anti fungus. Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan secara meluas.
BAHAN BAHAN
Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan . Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan dan kesesuaian pembinaan.
Kelebihan Penggunaan Batu-bata Kekunci
1.Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama (saiz bata adalah sama dan tepat bagi memudahkan pemasangan sewaktu kerja menyusun bata).
2. Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah simen yang digunakan dikurangkan.
3. Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-ruang untuk steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan mortar kedalam lubang tersebut bagi memenuhi keseluruhan ruang tersebut dan menjadi laluan litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian.
4. Menjimatkan kos pembinaan rumah:-tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.menjimatkan bahan kos mentah.
5. Formwork tidak diperlukan lepaan(plaster) tidak diperlukan tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan.
6. Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasaskan batu-bata kekunci adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang lebih sejuk.
7.  Kos tiang, kos rasuk bawah dan atas di abaikan. masa dan kos dapat dijimat.
8. Struktur bawah hanya Konkrit Slab yang di kuat dengan BRC ,  tanpa perlu pile cap dan kerja berkaitan underground work
9. Pemasangan paip elektrik dan paip air serta sanitari mudah di pasang kerana ada lubang pada rongga bata kekunci ini. Cuma tukang lektrik dan paip perlu tentu lokasi soket dan point tap.
HARGA BATA KEKUNCI
1  Biji RM1.70 / 1.80 mengikut kuantiti order
SEMOGA INDUSTRI IBS BATA KEKUNCI ATAU BRICK INTERLOCKING BERKEMBANG PESAT DI NEGARA INI