Thursday 27 July 2017

Floor Plan Rumah Sewa 2 bilik 525 sq ft




Dalam semenjak beberapa bulan ini aku banyak uruskan hal renovation rumah mak bapak aku and rumah sewa aku kat kajang..

Next plan.. Insya Allah nak bina rumah sewa pulak kat tanah mak aku kat hulu langat plak..

Aku ni bukannya arkitek.. bukan juga kontraktor.. Cuma pegawai kerajaan yang plan nak buat rumah kecik-kecik je.. untuk bagi sewa murah.. so aku dengan gigih nya berguru dengan En Google belajar macam mana nak design rumah yang kecil dan selesa..

So, dalam merekabentuk semua bangunan termasuklah rumah kediaman, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah keperluan undang-undang bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna itu sendiri. Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984), berikut dikongsikan luas minimum bagi bilik-bilik dalam bangunan kediaman:-
  •   Bilik Tidur
  1. Luas bilik kediaman yang pertama (kebiasaannya dirujuk kepada bilik tidur utama) hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi.
  2. Luas bilik yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi.
  3. Luas bilik-bilik lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
  4. Lebar setiap bilik tersebut hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
  5. Tinggi setiap bilik hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
  • Dapur
  1.  Luas dapur hendaklah tidak kurang daripada 4.5 meter persegi.
  2. Lebar dapur hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter.
  3. Tinggi dapur hendaklah tidak kurang daripada 2.25 meter.
  • Tandas & Bilik Mandi
  1. Saiz tandas hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter x 0.75 meter
  2. Saiz bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  3. Saiz bilik mandi beserta tandas hendaklah tidak kurang daripada 2 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  4. Tinggi tandas atau bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.

(Rujukan: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, (Perkara 42-44)

Oleh itu dengan mengunakan http://www.floorplanner.com aku dengan rasa bangga nya telah come out with this design..

Keluasan rumah 525 sq ft


 Keluasan :

  1. Bilik 1 = 12 kaki x 10 kaki /  3.65m x 3.04m = 11 meter persegi
  2. Bilik 2 = 10 kaki x 10 kaki /  3.04m x 3.04m = 9.24 meter persegi
  3. Tandas dan Bilik mandi = 7 kaki x 4 kaki = 2.13m x 1.22m = 2.5986 meter persegi
  4. Dapur = 14.1 kaki x 7 kaki = 4.51m x 2.12m = 9.56 meter persegi
  5. Ruang rehat dan Ruang makan = 8.1 kaki x 22 kaki = 2.69m x 6.67m = 17.94 meter persegi
 JUMLAH KELUASAN RUMAH KESELURUHAN  = 
      525 kaki persegi / 50.34 meter persegi



Rumah Sewa 2 Bilik in 3D



Pandangan depan rumah

Pandangan belakang rumah





Sekian sahaja dari arkitek tak bertauliah yang berguru dengan En Google.. TQ ^_^

Sumber: http://diarimerahku.blogspot.my/2014/05/floor-plan-rumah-sewa-2-bilik-525-sq-ft.html



2 comments:

  1. salam encik. boleh tahu berapa kos rumah?

    ReplyDelete
  2. Kalau nak bina rumah sewa sebijik macam ni sila WS 01128803983

    ReplyDelete