Tuesday 5 September 2017

HARGA BAHAN BINAAN RUMAH

 Berikut adalah contoh bajet harga bahan binaan untuk projek renovate ubahsuai atau buat rumah di Malaysia dalam RM ringgit.
BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH
   ·   Simen (1 bag 50 kg) – RM 16.00/kg
  ·          Bata simen – RM0.21 satu
·          Bata merah – RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·          Pasir kasar – RM 40 satu ela
·          Pasir halus – RM 45 satu ela
·          Batu aggregate 3/4″ – RM 45 satu ela
·         Besi Y 10mm (40 kaki) – RM 18 sekaki
·         Besi Y 12mm (40 kaki) – RM 24 sekaki
·         Besi R 6mm (40 kaki) – RM 6.50 sekaki
·         Besi BRC A65 – RM 15.90 satu gulung
·         Tiang konkrit saip bancuh(4″X4″x12′) – RM 3.30 sekaki
·         Tiang Roman 9′ – RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·         Dawai bata – RM 6.80 satu gulung
·         Dawai ikat besi – RM 15 satu gulung
·         Bata bunga lubang angin – RM 2 satu
·        U drain (tanah liat) – RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
·         Plywood(4’X8’X12″) – RM 44- 76 sekeping
·         Kayu 2″X1″X8′ – RM 9.90 satu
·          Kayu 2″X1″X10′ – RM 11.00 satu
·         Kayu 2″X3″X8′ – RM 14.71 satu
·         Kayu 2″X3″X10′ – RM 19.06 satu
·         Kayu 2″X3″X12′ – RM 26.44 satu
·          Kayu 4″X4″ – RM13 sekaki
·         Kayu 2″X5″ – RM3.50 sekaki
·          Paku 2 ” – RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
·         Main truss besi 3″X1.5″(kekuda) (20 kaki) – RM 23 sebatang
·         Purlin truss besi bumbung (20 kaki) – RM 13.50 sebatang
·         Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) – RM 3.30-4.30 sekaki panjang
·        Rabung atap (8.5 kaki) – RM 26 sekeping
·        Zink licin (lurah atap laluan air hujan) – RM 3.60 sekaki
·        Skru atap – RM 35 sekotak
·         L bracket – RM 1.50 satu
·         Papan facial board (12 kaki) – RM 22 sekeping
·         Mesin Grinder pemotong besi – RM 190
·         Gentool Cutter pemotong besi – RM 160
·         Disc cutter – RM 2 satu
Lain lain
·         Wheel barrow – RM 70 satu
·          Frame pintu besi 34″- RM 55 satu
·          Frame pintu besi 54″ – RM 65 satu
·         Pintu Panel kayu 34″- RM 175 satu
·          Pintu Panel kayu 54″- RM 360 satu
·         Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
·        Tanah merah – RM 25 satu ela
·         Tangki septik – RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH ), tetapi ada setengah kos upah berdasarkan kaki..contohnya 1 kaki persegi rm16.00 , kalau luas rumah 2400 kaki persegi , upahnya
adalah RM38400.00
Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
·          Beli barang – RM 80081
·         Upah pekerja – RM 44370
·          Ukur tanah – RM 350
·         Bersih tapak rumah -RM 1750
·        Sub kerja wiring – RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
·        Sub kerja siling – RM 6700 ( kira murah juga )
·        Sub kerja pasang tile lantai – RM 2500 ( harga kawan2 juga)
·         Beli mixer konkrit – RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350  )
·          Lain-lain upah – RM 100

No comments:

Post a Comment