Contoh 3: Anggaran Konkrit
Konkrit dihitung dalam meter padu (m³) dan segala ukuranya adalah dalam meter (m). Isipadu konkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal. Bahan-bahan yang dijadikan konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur, juga dianggarkan dalam meter padu. Simen juga boleh dihitung dalam bilangan beg berdasarkan 1 beg = 50 kg = 0.035 m³.
Simen
Nisbah bancuhan
Konkrit (m³)
1
1 : 2 : 4
0.151
1
1 : 2½ : 5
0.176
1
1 : 3 : 6
0.203
1
1 : 4 : 7
0.262
Jadual Nisbah bancuhan konkrit
Konkrit ini hendaklah dibancuh dengan mesin penggaul. Bancuhan yang dilakukan dengan tangan dikehendaki 10% simen tambahan untuk mencapai kekuatan yang sama.
Contoh pengiraan konkrit :
Anggarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina lantai konkrit 4 m x 5 m x 100 mm tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4.
Jawapan :
Isipadu konkrit padat = 4 x 5 x 100
1000
= 2.0 m³
Isipadu bahan-bahan kering = 2.0 x 1.5
= 3.0 m³
Isipadu simen = 3.0 x 1
(1+2+4)
= 0.43 m³
Bilangan beg simen = 0.43
0.035
= 12.3 (13 beg)
Isipadu pasir = 3.0 x 2
(1+2+4)
= 1.72 m³
No comments:
Post a Comment