Sunday 12 March 2017

Apa itu Strata Dan Master title dalam hartanah

MASTER TITLE
Bermaksud orang yang memiliki semuanya sebelum di bahagikan (Developer/Pemaju).
..
STRATA TITLE
Bermaksud orang yang memiliki satu daripada bahagian tu (Pembeli).
..
ANTARA KEGUNAAN STRATA TITLE ADALAH;
• Anda berhak kepada ke atas ‘common facilities’ seperti security (gated & guarded), parking, swimming pool, gym dan sebagainya.
• Anda berhak mendapat keistimewaan sebagai ‘Tuan Tanah’ (Strata Title Act/Akta Hakmilik Strata 1985 – Pindaan 2007)
• Condo / Apartment boleh menubuhkan JMB (Joint Management Body)
..
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual.
Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.
..
MENGAPA PERLU HAK MILIK STRATA?
Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). Selain daripada itu:-
Menjadi rekod / bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli);
Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pesaka.
..
APAKAH ITU HARTA BERSAMA?
Harta Bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak/petak tanah.
Contohnya, tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama, pondok pengawal keselamatan.
..
HAK PEMILIK SEBAGAI PEMILIK PETAK ADALAH TERMASUK:-
• Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.
• Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa, dengan syarat semua caruman kepada kumpulan wang pengurusan perbadanan telah dibayar.
• Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
• Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, system perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
• Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.

No comments:

Post a Comment