Sunday 12 March 2017

Cara Pantas untuk mohon kelulusan pelan renovation rumah

Perkongsian pantas yang bolehkan anda faham secara pantas tanpa fikir panjang untuk anda membuat renovation rumah. Antara cara yang boleh mohon kelulusan pelan renovation rumah
  1. Boleh melalui firma arkitek
  2. Boleh melalui firma pelukis pelan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan  PBT.
  3. Bagi spesifikasi yang kita kehendaki kepada pelukis pelan
    1. Nak renovation porch ker
    2. Nak renovation bahagian dapur ker
    3. Nak renovation bahagian tengah rumah ker
    4. Kedudukan tandas yang mahu diubah
    5. Jumlah bilik tidur yang mahu ditambah
  4. Pihak pelukis pelan akan membuat lukisan berdasarkan kehendak kita di samping memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak PBT
  5. Kos pelukis pelan bermula dari anggaran RM2 ribu
  6. Kos pelukis pelan jugak bergantung kepada jenis kompleksiti lukisan dan saiz jugak
  7. Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan SnP
    2. Salinan kontrak lelongan
    3. Salinan geran hakmilik
    4. Salinan pelan tanah
    5. Salinan bil cukai pintu
    6. Salinan bil cukai tanah
    7. Salinan CFO atau CCC
  8. Jika nak lebih mudah … Kita dah sketch siap siap lebih kurang idea yang kita mahu renovation tur … Senang pelukis pelan terjemahkan ke bentuk lukisan berskala
  9. Tempoh masa kelulusan diambil bermula dari seawal 3 bulan jika semua dokumen adalah lengkap dan sempurna

No comments:

Post a Comment