Sunday 12 March 2017

Cara beli rumah secara tunai dengan KWSP

Saya baru sahaja selesai membeli satu apartmen di Bukit Beruntung, Rawang dengan pengeluaran KWSP.

  1. survey rumah dengan menelefon nombor2 agent yang ditampal di dinding2 atau papan2 tanda. Tanya sama ada rumah di kawasan yang kita minat ada dalam senarai mereka atau tidak. Nyatakan bajet yang kita mampu bayar.
  2. lepak di kedai makan dengan agent tersebut untuk mengetahui status rumah yang disyorkan dengan bajet yg kita mampu.
  3. antara yang perlu ditanya ialah 1) masih ada hutang bank atau dah setel  2) tunggakan cukai pintu  3) tunggakan duit maintenance JMB(jenis apartment shj) 4) tunggakan indah water  5) tunggakan api/air  6) ada orang sewa atau tak skrg. untuk kes aku, apartmen tu xpernah diduduki sejak siap dibina.
  4. dapatkan alamat apartment tersebut dan tanya sendiri pejabat tanah dan pejabat maintenance untuk pastikan jumlah tunggakan sebenar. jangan percaya bulat2 kata agent.
  5. inform balik agent tentang hasil siasatan kita dan mintak dia setelkan semuanya sebelum kita bersedia membeli.
  6. selepas agent selesaikan tunggakan kos2 tadi dan kita dah double check, barulah kita bayar duit deposit 10%  dan RM500 untuk lawyer bukak file. gunakan internet banking / cash deposit machine supaya ada rekod penyerahan.
  7. jika rumah dah xder hutang bank, lawyer akan panggil untuk sign dokumen macam2. pastikan kita check harga rumah dan jumlah komisen yg agent terima hasil jualan tu. apartment aku tu owner jual RM12 ribu, agent ambil untung RM8 ribu, jadi harga jualan RM20 ribu.
  8. lepas owner lama dah sign dokumen, lawyer akan call kita untuk collect document untuk proceed keluar duit KWSP.
  9. Kena pergi pesuruhjaya sumpah untuk chop 2 keping borang berkaitan KWSP.
  10. Kemudian pergi KWSP, isi borang permohonan pengeluaran rumah pertama. siap isi terus ambil nombor dan tunggu giliran.
  11. Sampai giliran, pegawai KWSP akan semak semua dokumen untuk memastikan nama owner lama dan nama owner baru ada tertulis di semua dokumen perjanjian. Jika xder masalah, dia akan print satu slip dan suruh kita tunggu maksimum 2 minggu untuk dapat duit KWSP.
  12. Bagi kes aku, borang hantar Jumaat, Selasa petang dah dapat duit KWSP. Alhamdulillah.
  13. Lepas dapat duit, segera ke pejabat lawyer untuk setelkan balance 90% harga jualan rumah.
  14. Lega.....secara rasminya rumah itu milik sendiri.
  15. Barulah boleh start nak renovate rumah.
  16. Sekarang air perlu diusahakan. Dapatkan no telefon kontraktor syabas daripada kenalan atau boleh hubungi Syabas terdekat. Kontraktor yg uruskan borang dari A-Z, kita hanya perlu isi borang, fotostat agreement S&P, fotostat IC dan bayar RM300(termasuk deposit air). Kontraktor akan datang pasang dalam masa seminggu.
  17. Untuk elektrik, kena cari no telefon dari kenalan yang pernah berurusan atau call TNB terdekat. Dapatkan nombor kontraktor dan sediakan dokumen yang sama beserta wang RM410(termasuk deposit elektrikRM160).TNB hanya akan pasang meter sekiranya wiring sudah lengkap dalam rumah. Meter rumah aku jenis digital.
  18. Lepas meter air dan meter elektrik dah pasang, bereslah segalanya. Bolehlah ke arah menghias rumah dengan perabut, cat, grill dan lain2 lagi. Ikut selera masing2.
  19. Bil air dah sampai, Alhamdulillah RM0. Thank you Kerajaan Negeri Selangor.Harapnya next period belanja bil elektrik lak. Amin.....

No comments:

Post a Comment